Pengelasan adalah pengumpulan objek dalam kelas atau subkelas berdasarkan ciri-ciri yang jelas. Tujuannya untuk memastikan murid dapat membezakan dan mengumpulkan objek berdasarkan kesamaan dan perbezaan. Klasifikasi objek boleh dilakukan berdasarkan: Satu ciri (contoh: warna atau bentuk atau saiz) Dua ciri (contoh: warna dan bentuk atau warna dan saiz) Tiga ciri (contoh: warna, bentuk dan saiz) Negatif (contoh: objek yang tidak terdapat dalam kumpulan tertentu) Kanak-kanak akan diperkenalkan dengan cara menyusun mengikut susunan mudah dan mengumpulkan mengikut bentuk, saiz, warna, corak, dan fungsi.
E-Matematik T3; E-P.Jasmani T3; E-PK T3; E-Moral T3. Soalan Peperiksaan Akhir Tahun 2018 July 19. Berikut adalah bahan bagi Pra Sekolah. Soalan matematik prasekolah - Download as Word Doc (.doc /.docx), PDF File (.pdf), Text File (.txt) or read online.
Aktiviti yang boleh dijalankan adalah dengan mencampurkan semua barang-barang bersama. Kanak-kanak perlu mengasingkan barang-barang tersebut dalam kumpulan atau set yang berbeza. Aktiviti pengelasan adalah proses penting untuk membentuk konsep nombor. Proses pengelasan perlu melalui beberapa tahap; Memilih dan membanding, Mengumpul, Memilih semula, Mengasingkan kumpulan, dan Memilih objek berdasarkan fungsi, kegunaan atau konsep. 1.2 Perbandingan. Perbandingan adalah proses mengaitkan antara dua benda menggunakan ciri tertentu sebagai asas perbandingan (Gibbs dan Castadena, 1975). Perbandingan berlaku apabila kita membandingkan ciri-ciri kuantitatif dan kualitatif dua objek.
Tujuannya adalah untuk memastikan murid-murid menguasai konsep yang selalu digunakan dalam perbandingan seperti lebih banyak, lebih kurang dan lebih tinggi. Contoh perbandingan: membandingkan 1) Ukuran – Panjang: pendek – Tinggi: rendah – Tebal: nipis 2) Saiz – Besar: kecil 3) Berat – Berat: ringan 4) Bilangan / kuantiti – Banyak: sedikit 5)Jenis objek 1.3 Seriasi. 1.4 Padanan Satu dengan Satu Padanan satu dengan satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu antara objek yang sama atau berbeza.
Proses memadan bermula daripada konsep memadan objek dengan objek mengikut warna, saiz, bentuk, bilangan, pasangan dan sebagainya, objek dengan nombor dan nombor dengan nombor. Memadan bilangan objek dengan simbol juga adalah sebahagian daripada konsep padanan satu dengan satu.
Contoh padanan satu dengan satu; Memadan benda yang berpasangan yang sama seperti kasut. Demay cytology new edition. Memadan benda yang berpasangan tetapi tidak sama seperti garpu dengan sudu. Memadan bilangan yang sama.
Memadan bilangan objek dengan simbol nombor. 1.5 Pola Salah satu aspek dalam matematik adalah mengkaji pola. Contohnya, dalam kehidupan seharian kita, ada waktu siang dan waktu malam. Terdapat empat cara bagaimana konsep pola boleh dikembangkan dalam diri murid; Meniru pola, Menyambung pola, Melengkapkan pola, dan Membina pola sendiri. 1.6 Keabadian Ketekalan (consistency) merupakan satu aspek yang boleh dikaitkan dengan jisim, isipadu, dan keluasan.
Tujuan konsep keabadian diperkenalkan adalah untuk memastikan murid-murid memahami ketekalan jisim dan isipadu walaupun diletakkan, disusun atau diatur di tempat atau keadaan yang berbeza. 2.1 Membilang Membilang adalah satu proses yang rumit dan memerlukan ketelitian yang mana murid-murid memberikan nama bagi sesuatu nilai nombor. Terdapat empat prinsip membilang yang perlu dikuasai oleh murid sebelum mereka dapat membilang secara rasional dan bukan secara hafalan. Empat prinsip ini adalah; Prinsip padanan satu dengan satu, di mana murid dapat memadankan satu objek dengan satu nama nombor, Prinsip susunan nombor yang mengikut urutan (stable order) iaitu bermula dari 1, 2, 3. Dan seterusnya, Prinsip Cardinal iaitu nama dan nombor yang terakhir adalah jumlah objek yang dibilang, dan Order Irrelevance (ketakberkaitan) iaitu boleh memulakan pengiraan dari mana-mana kedudukan.
Untuk menjadi pembilang yang rasional, murid harus menguasai keempat-empat prinsip tersebut. 2.2 Konsep Nombor.